Majlis itu merupakan bagi menzahirkan kesyukuran kepada Allah swt diatas Kerahmatan-Nya yang telah dicurahkan kepada Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd.
Selain itu, majlis tersebut juga adalah satu penghargaan syarikat kepada warga kerja Jeruk Madu Pak Ali diatas sumbangan dan komitmen yang diberikan sehingga berjaya meletakkan syarikat disatu tahap yang begitu membanggakan.
Antara acara kemuncak pada majlis tersebut adalah acara cabutan bertuah yang diterima oleh semua warga kerja, dimana hadiah tersebut adalah dalam perbagai bentuk hadiah dan harga. Antara hadiah yang disediakan adalah seperti telefon pintar, televisyen plasma, peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya. Untuk hadiah utama cabutan bertuah pada malam majlis tersebut adalah sebuah Motosikal yang berharga RM3,399.00.
Selain itu, acara penyampaian anugerah turut tidak ketinggalan bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Terdapat 2 kategori anugerah yang telah disampaikan iaitu, Anugerah Kedatangan Terbaik 2018 dan Anugerah Kecemerlangan Produktiviti 2018. Terdapat 6 penerima anugerah yang telah diterima bagi kedua-dua kategori dimana 3 penerima untuk Anugerah Kedatangan Terbaik 2018 dan 3 penerima bagi Anugerah Kecemerlangan Produktiviti 2018.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Afif bin Bahardin (EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya), Yang Berbahagia Dato' Ustaz Haji Ellias bin Haji Zakaria (Perunding Syariah Pak Ali Food Industries Sdn Bhd), Puan Sharifah Nazreen Farhana Bt Syed Marzuki (Pengarah MATRADE Wilayah Utara), pegawai-pegawai daripada PERDA, FAMA, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, MPC Wilayah Utara, Agrobank & Penang International Halal Hub.