Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • Produk
    • Jeruk Buah-buahan
    • Kuah Rojak
    • Jus Pala
    • Kuih Tradisional >
      • Dodol
      • Peneram
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
  • Semasa
    • Berita
    • Galeri Lawatan
  • Hubungi Kami

Majlis Makan Malam Keluarga JMPA 2019

9/2/2019

0 Comments

 
Picture
Majlis Makan Malam Keluarga Jeruk Madu Pak Ali telah diadakan pada 9 Februari 2019 bersemaan 4 Jamadil Akhir 1440H, bertempat di Restoran & Hotel Pen Mutiara, Batu Maung, Pulau Pinang.
Majlis yang dihadiri 230 peserta itu telah dihadiri semua warga kerja Jeruk Madu Pak Ali bersama-sama ahli keluarga warga kerja, wakil agensi-agensi kerajaan dan wakil Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Majlis tersebut adalah untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah swt diatas Kerahmatan-Nya yang telah dicurahkan kepada Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd.
 
Selain itu, majlis tersebut juga adalah satu penghargaan syarikat kepada warga kerja Jeruk Madu Pak Ali diatas sumbangan dan komitmen yang diberikan sehingga berjaya meletakkan syarikat disatu tahap yang begitu membanggakan. 

Antara acara kemuncak pada majlis tersebut adalah acara cabutan bertuah yang diterima oleh semua warga kerja, dimana hadiah tersebut adalah dalam perbagai bentuk hadiah dan harga. Antara hadiah yang disediakan adalah telefon pintar, televisyen plasma, peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya. Untuk hadiah utama cabutan bertuah pada malam majlis tersebut adalah sebuah Motosikal yang berharga RM3,399.00.

Selain itu, acara penyampaian anugerah turut tidak ketinggalan bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tersebut. Terdapat 2 kategori anugerah yang telah disampaikan iaitu, Anugerah Kedatangan Terbaik 2018 dan Anugerah Kecemerlangan Produktiviti 2018. Terdapat 6 penerima anugerah yang telah diterima bagi kedua-dua kategori dimana 3 penerima untuk Anugerah Kedatangan Terbaik 2018 dan 3 penerima bagi Anugerah Kecemerlangan Produktiviti 2018.

​Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Afif bin Bahardin (EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya), Yang Berbahagia Dato' Ustaz Haji Ellias bin Haji Zakaria (Perunding Syariah Pak Ali Food Industries Sdn Bhd), Puan Sharifah Nazreen Farhana Bt Syed Marzuki (MATRADE Wilayah Utara), pegawai-pegawai daripada PERDA, FAMA, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, MPC Wilayah Utara, Agrobank & Penang International Halal Hub.

Rentetan Sepanjang Majlis

Penerima Anugerah Kedatangan Terbaik 2018

Encik Rozali bin Mat menerima Sijil Penghargaan dan trofi yang disampaikan oleh YB Dr Afif Bahardin
Encik Mohamad Syamil bin Rosli menerima Sijil Penghargaan dan trofi yang disampaikan oleh YB Dr Afif Bahardin
En. Mohamad Syamil bin Rosli menerima Sijil Penghargaan dan trofi yang disampaikan oleh YB.
Puan Siti Maryam bin Ahmad menerima Sijil Penghargaan dan trofi yang disampaikan oleh YB.

Penerima Anugerah Kecemerlangan Produktiviti 2018

Pn Roselina bt Rahim menerima anugerah yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hj Ellias bin Hj Zakaria
Pn Siti Rokiah bt Rasol Din menerima anugerah yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hj Ellias bin Hj Zakaria
Pn Yany Yusnita bt Yahaya menerima anugerah yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hj Ellias bin Hj Zakaria

Penerima Cabutan Bertuah "Grand Prize" Motosikal

Picture
En Muhammad Amirul Zaini bin Hashim penerima hadiah 'Grand Prize' iaitu sebuah motosikal dalam Acara Cabutan Bertuah malam tersebut.

Barisan AJK Majlis

Picture

Bersama semua warga kerja JMPA

Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    March 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2020)