White Coffee Pak AliWhite Coffee Pak Ali adalah salah satu minuman berkafein daripada produk keluaran Pak Ali. Mempunyai 2 jenis bungkusan iaitu dalam bentuk Sachet dan juga dalam bentuk Cawan. Amat mudah untuk disediakan dengan hanya dibancuh bersama air suhu didih (80'c). Dihasilkan dari bahan-bahan terpilih seperti Kopi Campuran, Krimer, Gula. Ia juga sesuai untuk semua golongan umur.
|
Teh Tarik Pak AliTeh Tarik Pak Ali adalah tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia yang lazim dengan rasa Teh. Teh Tarik Pak Ali mudah disediakan hanya dibancuh bersama air suhu didih (80'c) dan masukkan ais sebagai pilihan untuk menambah kelazatan mengikut kesesuaian anda. Dihasilkan dari bahan-bahan terpilih seperti Gula, Krimer, Ekstrak Teh. Ia juga dapat menambah kelazatan malah dapat menjadi pilihan kegemaran pelanggan.
|
Habbatus Sauda Coffee Pak AliHabbatus Sauda Coffee Pak Ali adalah salah satu produk keluaran Pak Ali. Minuman ini amat berkhasiat untuk seisi keluarga. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terpilih seperti Habbatus Sauda, kismis, Gadoderma, Madu Lebah, Susu, Badam, Tongkat Ali, Krimer dan Gula minuman ini juga memberi kesihatan yang boleh menambah kecergasan mental dan fizikal malah juga dapat meningkatkan tenaga, kecergasan mental dan fizikal tubuh seseorang.
|
Habbatus Sauda Coffee - O Pak AliHabbatus Sauda Coffee - O Pak Ali tidak asing lagi bagi rakyat malaysia. Dengan produk yang dikeluarkan oleh Pak Ali ini dapat menarik perhatian pelanggan sebagai minuman pilihan seisi keluarga ditambah pula dengan kelazatan ramuan asli yang bertindak sebagai penawar bagi membantu mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan. Produk ini juga dihasilkan dari bahan-bahan yang terpilih seperti Habbatus Sauda, Madu Lebah dan Gula.
|