PRODUK JERUK MADU PAK ALI
Jeruk Madu Pak AliPak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama “Pak Ali”. Jeruk Madu Pak Ali juga telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sijil MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil 1 Malaysia Best dari pihak FAMA dibawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (MOA). Kini, terdapat lebih 25 jenis jeruk yang dihasilkan di kilang ini. Jeruk-jeruk ini dihasilkan dari buah-buahan segar berkualiti yang terpilih dari ladang. Rasanya yang enak dan bernutrasi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
|
Kuah Rojak Pak AliKuah Rojak Pak Ali merupakan kuah rojak yang terkenal di Pulau Pinang. Kuah Rojak Pak Ali Juga telah mendapat Sijil Halal dari pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) .Kuah Rojak Pak Ali mempunyai 3 perisa iaitu Pedas, Asli, dan Manis.
|
Jus Buah PalaJus Buah Pala Pak Ali dihasilkan daripada buah pala yang berkualiti lagi segar dari ladang. Menggunakan resepi tradisi Pulau Pinang mampu menghasilkan rasa asli buah Pala malah enak.
|
Produk Berasaskan Buah PalaTerdapat juga beberapa produk berasaskan buah pala antaranya adalah jus pala sedia diminum, kordial pala, halwa pala, minyak pala dan bam pala.
|
Kuih TradisionalDodol Pak Ali yang bermutu tinggi diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan segar menjadikan Dodol Pak Ali sesuai untuk dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Dodol Pak Ali kini terdapat di dalam lima jenis perisa iaitu perisa Kampung (Asli), Durian, Betik, Mangga dan Pandan.
|
Kuih Peneram Pak AliSalah satu produk keluaran Pak Ali adalah kuih Peneram.
|
Acar Buah BuahanAcar buah-buahan Pak Ali juga menjadi antara makanan penambah selera kegemaran pelanggan. Dihasilkan dengan resepi tersendiri dengan bahan-bahan yang terpilih seperti Cabai, Bawang Putih, Ceri, Kurma, Bawang Merah, Garam, Gula dan lain-lain yang pastinya menambat selera.
|