PERDA juga JMPA menganggarkan setiap keluarga akan memperoleh pendapatan isi rumah sebanyak RM300 hingga RM500 sebulan dengan pekerjaan yang disediakan itu.
JMPA juga merancang akan membekalkan buah-buahan selain kedondong untuk diproses di tapak-tapak program tersebut pada masa akan datang. Program tersebut serba sedikit dapat membantu aktiviti pengeluaran produk jeruk madu agar proses pengeluaran produk dapat berjalan dengan lancar demi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dari masa ke semasa.