Syarikat Jeruk Madu Pak Ali Enterprise (JMPA) turut sama menggading bahu dalam majlis ini dengan menyediakan program kepada penduduk setempat dimana program tersebut adalah menyediakan pekerjaan dengan mengupas kulit buah kedondong (amra) yang akan dibuat jeruk madu yang diproses di Kilang Pemprosesan Jeruk Madu Pak Ali, IKS PERDA Tasek, Simpang Ampat.
Disamping itu, PERDA juga menyediakan premis berdekatan dengan taman tersebut untuk menghantar dan mengutip buah-buaha itu. Syarikat JMPA akan membayar upah mengupas buah tersebut kepada pengupas mengikut berat buah yang telah siap dikupas.
PERDA juga JMPA menganggarkan setiap keluarga akan memperoleh pendapatan isi rumah sebanyak RM300 hingga RM500 sebulan dengan pekerjaan yang disediakan itu.
PERDA juga JMPA menganggarkan setiap keluarga akan memperoleh pendapatan isi rumah sebanyak RM300 hingga RM500 sebulan dengan pekerjaan yang disediakan itu.
Program sebegini adalah program kali yang keenam yang telah JMPA jalankan diberlainan daerah antaranya Permatang Pasir, Penanti, Kepala Batas, Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan yang terbaru Tasek Gelugor dimana kesemua program ini adalah dengan kerjasama PERDA.
JMPA juga merancang akan membekalkan buah-buahan selain kedondong untuk diproses di tapak-tapak program tersebut pada masa akan datang. Program tersebut serba sedikit dapat membantu aktiviti pengeluaran produk jeruk madu agar proses pengeluaran produk dapat berjalan dengan lancar demi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dari masa ke semasa.