Program Kayuhan Jalur Gemilang SK Seri Tasek adalah lambang semangat patriotik yang ditonjolkan oleh Warga Sekolah Kebangsaan Seri Tasek dimana hampir 400 orang pelajar dan 20 orang cikgu telah mengayuh basikal dan sebahagiannya berjalan kaki daripada sekolah mereka (SK Seri Tasek) ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali (JMPA), Simpang Ampat untuk menyerahkan Bendera Malaysia kepada Pengarah Urusan syarikat, Alias bin Haji Ali sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2015. |
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Tasek, Encik Mohd Norhiesam bin Ismail.
Ucapan yang disampaikan oleh En Alias bin Haji Ali telah memberi suntikan semangat kepada para pelajar agar terus menghargai dan mensyukuri tanah air dengan menjaganya daripada perbagai aspek antaranya menerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan, kebenaran, kesaksamaan dan kemanusiaan.
Semangat mempertahankan tanah air adalah fardu kifayah yang perlu diamalkan oleh rakyat agar kesucian, keselamatan, keamanan, agama dan bangsa dapat dipertahankan daripada anasir-anasir jahat yang cuba menjajah negara tercinta ini.