Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • Jeruk Buah-buahan
    • Kuah Rojak
    • Dodol
    • Serbuk Asam Ko
    • Jus Buah-Buahan
    • Asam Madu
    • Acar
    • Kordial
    • Minuman Segera
    • Air mineral
    • Fruit Candy
    • Mee Sanggul
    • Belacan Bakar
    • Kismis
    • Peneram
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • Semasa
    • Berita
    • Galeri Lawatan
  • Hubungi Kami

En Alias pilihan SK Seri Tasek untuk penyerahan Bendera Malaysia Sempena Program Kayuhan Gemilang Hari Kemerdekaan 2015

27/8/2015

1 Comment

 
Picture
Program Kayuhan Jalur Gemilang SK Seri Tasek adalah lambang semangat patriotik yang ditonjolkan oleh Warga Sekolah Kebangsaan Seri Tasek dimana hampir 400 orang pelajar dan 20 orang cikgu telah mengayuh basikal dan sebahagiannya berjalan kaki daripada sekolah mereka (SK Seri Tasek) ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali (JMPA), Simpang Ampat untuk menyerahkan Bendera Malaysia kepada Pengarah Urusan syarikat, Alias bin Haji Ali sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2015.
Penyerahan Bendera Malaysia telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Tasek,  Tuan Haji Abdul Nasir Bin Jamaluddin kepada Pengarah Urusan JMPA, Alias bin Haji Ali di Perkarangan Kilang JMPA. 

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Seri Tasek, Encik 
Mohd Norhiesam bin Ismail.

Ucapan yang disampaikan oleh En Alias bin Haji Ali telah memberi suntikan semangat kepada para pelajar agar terus menghargai dan mensyukuri tanah air dengan menjaganya daripada perbagai aspek antaranya menerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan, kebenaran, kesaksamaan dan kemanusiaan. 

Semangat mempertahankan tanah air adalah fardu kifayah yang perlu diamalkan oleh rakyat agar kesucian, keselamatan, keamanan, agama dan bangsa dapat dipertahankan daripada anasir-anasir jahat yang cuba menjajah negara tercinta ini.
Picture
Nyanyian Lagu Negaraku, Tanggal 31, Malaysia Boleh, Keranamu telah dinyanyikan oleh En Alias bin Haji Ali dan seluruh warga SK Seri Tasek
Alias bin Haji Ali bersama barisan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar sekolah dengan penuh semangat mengibarkan bendera Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik Kemerdekaan Malaysia.
Picture
Picture
Picture
Picture
1 Comment
Janelle Steele link
3/3/2021 09:22:31 am

This was lovely thanks for writing this

Reply



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    March 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2022)