Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • Produk
    • Jeruk Buah-buahan
    • Kuah Rojak
    • Jus Pala
    • Kuih Tradisional >
      • Dodol
      • Peneram
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
  • Semasa
    • Berita
    • Galeri Lawatan
  • Hubungi Kami

Kursus Sembelihan & Korban Anjuran Jeruk Madu Pak Ali Bersama Pekerja & Penduduk Kampung

7/9/2015

0 Comments

 
Picture

​6hb September 2015, Pak Ali Food Industries Sdn Bhd (PAFI) telah menganjurkan kursus sembelihan dan korban di Kilang Pemprosesan Jeruk Madu Pak Ali, IKS PERDA Tasek, Simpang Ampat. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pekerja juga penduduk kampung setempat mengenai cara sembelihan yang digariskan oleh syariat Agama Islam.
 

Kursus ini juga dijalankan sempena Hari Raya Aidiladha yang akan tiba pada 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah nanti dimana para peserta dapat mempraktikkan penyembelihan pada hari raya korban juga pada lain-lain masa.

Taklimat Kursus Penyembelihan & Korban ini disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Abd Rahman bin Haji Che Nik. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Masjid USM, Pulau Pinang (Jawatan Bilal) selama 25 tahun dan telah mengendalikan perbagai kursus di masjid tersebut juga di tempat-tempat lain.

​Sebelum peserta mempraktikkan sembelihan, para peserta akan diberi taklimat secara teori berkenaan sembelihan bertempat di Bilik Latihan Kilang JMPA.
Picture
Ustaz Rahman sedang mengendalikan dan memantau para peserta menyembelih burung puyuh dan kambing.
Kesemua para peserta diberi peluang untuk mempraktikkan sembelihan iaitu dengan menyembelih burung puyuh seorang seekor dan peserta bertuah akan menyembelih seekor kambing. 

45 orang peserta telah berjaya dalam penyembelihan dan memperoleh Sijil Penyertaan yang disediakan oleh Syarikat PAFI.
Picture
Para peserta bergambar bersama Pengarah Urusan JMPA, Encik Alias bin Haji Ali dan Penceramah Kursus, Ustaz Abd Rahman bin Che Nik
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    March 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2020)