Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

Solar Menjimatkan 80% Penggunaan Elektrik Di Kilang PAFI

12/6/2023

0 Comments

 
Picture
Penggunaan tenaga Solar telah menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 80 peratus keseluruhan operasi kilang Pak Ali Food Industries Sdn Bhd (PAFI).
Beberapa kelebihan yang diperolehi melalui penggunaan tenaga solar. Tenaga solar adalah alternatif yang baik untuk tenaga elektrik yang biasa digunakan. Ia mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat diabaikan.

Pertama, penggunaan tenaga solar merupakan antara langkah yang baik untuk memelihara alam sekitar. Ia tidak membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera yang menyebabkan pemanasan global.

Kedua, ia juga mampu menjimatkan tenaga elektrik dimana dengan penggunaan solar ini telah mengurangkan kos bil elektrik sebanyak 60% hingga 80%. Contohnya, pada bulan Disember 2022, kos bil elektrik adalah sebanyak RM13,438.45 bersamaan dengan penggunaan tenaga sebanyak 24,278 kilowatt, dengan penggunaan solar ini kos bil elektrik hanya RM5,318.60 dengan penggunaan tenaga sebanyak 9,625 kilowatt sahaja. Ini membuktikan bahawa penggunaan tenaga solar ini amat menjimatkan dan berbaloi dalam jangka panjang.

Ketiga, pada bulan Januari 2023 yang lepas, kami berjaya mengoperasikan kilang dengan menggunakan 100% tenaga solar pada waktu siang dan hanya menggunakan tenaga elektrik pada waktu malam. Ini membuktikan bahawa penggunaan tenaga solar adalah memadai untuk memenuhi keperluan tenaga kami sepanjang waktu siang.

Kami yakin bahawa penggunaan tenaga solar akan membantu kami mengekalkan operasi kilang kami tanpa menjejaskan prestasi atau kualiti. Menekankan bahawa penggunaan tenaga solar adalah langkah ke arah masa depan yang lebih lestari. Ia adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk memperlahankan kesan pemanasan global dan memelihara bumi untuk generasi akan datang.

Penggunaan teknologi Solar di kilang PAFI turut mendapat perhatian daripada Berita Harian. Sila tekan pautan dibawah:
​
Public Islamic Bank biaya solar PV di kilang Jeruk Madu Pak Ali (bharian.com.my)
Picture
Picture
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    December 2025
    May 2025
    April 2025
    January 2025
    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)