Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri diserikan dengan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jeruk Madu Pak Ali pada 25 Syawal 1437H bersamaan 30hb Julai 2016. Majlis bermula pada jam 8:00 malam bertempat di Perkarangan Kilang Jeruk Madu Pak Ali, IKS Perda Tasek, Simpang Ampat menyediakan pelbagai juadah istimewa hari raya telah dihidangkan dalam meraikan hadirin yang hadir. |
Majlis jamuan tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan selari dengan tuntutan Agama Islam. Para tetamu yang hadir dikalangan pelbagai pihak samada daripada Agensi-agensi kerajaan seperti Fama, Mardi, Perda, Jabatan Pertanian, Mara dan lain-lain, juga turut hadir penduduk-penduduk kampung dan taman setempat, Anggota Polis Kawasan, dan ramai lagi.
Pihak Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Jeruk Madu Pak Ali 1437H/2016 untuk memeriahkan majlis tersebut.