Antara masjid dan surau yang telah hadir adalah Masjid Padang Lalang, Masjid Kepala Gajah, Masjid Tasek Chempedak, Masjid Junjong, Masjid Insaniah Simpang Ampat, Masjid Al-Ehsan Balik Pulau, Surau Seberang Tasek, Surau Puteri Gunung, Surau (Sementara) Medan Suri dan Surau Sik.
Program ini adalah salah satu program bersama komuniti dan juga menjadi program tahunan syarikat. Pada tahun ini, sebanyak 14 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah dikorbankan. Pihak syarikat telah melantik penyembelih yang berpengalaman untuk mengendali penyembelihan binatang korban iaitu Al-Fadhil Ustaz Izhar Habib atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nana. Daging sembelihan tersebut telah diagihkan kepada peserta yang hadir dan kepada penduduk kampung.
Program Qurban PAFI pada tahun ini, pihak penganjur telah mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk membendung menularan pandemik Covid-19. Antara SOP yang telah dijalankan adalah memakai Peralatan Perlindungan Diri (memakai pelitup muka, sarung tangan, apron pakai buang, berkasut), menjaga penjarakan sosial, mendaftarkan diri sebelum masuk ke kawasan sembelihan dan sebagainya.
Program tersebut telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang diberikan oleh semua peserta yang hadir. Pengarah Urusan PAFI, Haji Alias bin Haji Ali merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada hari tersebut.
Program tersebut tamat pada jam 2 petang.