Trek & Rel adalah rancangan travelog baharu yang diterbitkan oleh Warna Motion Pictures & Marketing Sdn Bhd dimana rancangan tersebut berkonsepkan sebuah pengembaraan seorang anak muda dengan menaiki keretapi untuk menerokai kekayaan warisan dan khazanah yang ada di Negara Malaysia Tercinta ini. Disamping itu juga, penerbit ingin memberitahu kepada para penonton bahawa sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang laluan keretapi di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada 17 Julai 2015 lepas, kilang JMPA menjadi pilihan rancangan baharu iaitu 'Trek & Rel' yang akan ditayangkan di Siaran RTM TVi untuk membuat rakaman dan temubual bersama Pengarah Urusan JMPA, En Alias bin Haji Ali dan berkongsi maklumat dan pengalaman beliau dalam dunia perniagaan jeruk madu kepada penonton televisyen kelak. Trek & Rel adalah rancangan travelog baharu yang diterbitkan oleh Warna Motion Pictures & Marketing Sdn Bhd dimana rancangan tersebut berkonsepkan sebuah pengembaraan seorang anak muda dengan menaiki keretapi untuk menerokai kekayaan warisan dan khazanah yang ada di Negara Malaysia Tercinta ini. Disamping itu juga, penerbit ingin memberitahu kepada para penonton bahawa sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang laluan keretapi di seluruh Semenanjung Malaysia. Hos rancangan ini ialah Keroz Nazri iaitu seorang Pengacara/Penyanyi/Komposer dan akan diarahkan oleh Husri Hussain yang berpengalaman dalam penerbitan drama, telemovie, rancangan trevelog dan lain-lain.
1 Comment
Bagi mereka yang memiliki syarikat atau ingin memulakan bisnes sendiri, satu perkara yang sangat penting untuk diambil berat adalah rancangan perniagaan.
Reply
Leave a Reply. |
SemasaArkib
October 2024
|