Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

'Pak Ali Was Here' Siri ke-2: Nasi Bamboo & Cameron Highland

16/7/2019

2 Comments

 
Picture
Julai 14 & 15, 2019 - Siri ke2 Pak Ali Was Here kali ini, Jeruk Rider's Team (JRT) Pak Ali telah menjejaki 2 lokasi yang menarik iaitu Nasi Bamboo, Sungai Klah & Brinchang, Cameron Highland.
Picture
Bergambar di Kilang Jeruk Madu Pak Ali sebelum memulakan perjalanan
Picture
Bacaan doa selamat pergi dan pulang
Program selama 2 hari 1 malam itu telah dianggotai seramai 15 orang staf dan 5 orang dikalangan ahli keluarga. Pergerakkan daripada 1 destinasi ke destinasi yang lain adalah secara konvoi iaitu sebanyak 10 buah motosikal dan sebuah kerata. Perjalanan bermula di Kilang Jeruk Madu Pak Ali dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Encik Mohammar Ammar bin Sahidan.

Destinasi pertama yang dituju adalah Nasi Bamboo, Sungai Klah dimana JRT telah tiba di lokasi tersebut sekitar jam 1 tengah hari untuk menikmati juadah makan tengah hari. Kepelbagaian lauk pauk yang segar, menepati citarasa dan keunikan nasi yang dimasak didalam buluh menjadi tarikan dan penambah selera kepada JRT yang telah siap sedia untuk menikmati juadah selepas merentasi perjalanan sejauh 210km.
Picture
Picture
Bergambar di Nasi Bamboo, Sungai Klah
Lokasi seterusnya adalah Brincang, Cameron Highland. Jarak perjalanan hampir 90 KM daripada lokasi Nasi Bamboo, Sungai Klah melalui Tapah. JRT mengambil kesempatan untuk singgah rehat di Lata Iskandar dan menikmati keindahan air terjun semula jadi.

Sambil berehat sebentar, beberapa staf telah mengambil kesempatan untuk menikmati air sungai yang jernih dan sejuk itu dengan bermandi manda untuk kesegaran tubuh badan sebelum menyambung perjalanan. 
Picture
Picture
Picture
Selepas berehat selama 45 minit di Lata Iskandar, JRT meneruskan perjalanan terus ke Brinchang, Cameron Highland. Setiba di Brinchang, JRT terus Check In di sebuah homestay yang bernama Mama Mountain Cottage dimana homestay tersebut menyediakan 3 bilik tidur,  2 bilik air dan dapur dengan kelengkapan secukupnya.

Pada sebelah malam, JRT telah ke Pasar Malam yang terkenal di Cameron Highland yang terletak di Brinchang. Pasar Malam tersebut menyediakan pelbagai makanan yang segar dan sedap juga terdapat pelbagai barangan pakaian.

Keesokan harinya, JRT meneruskan perjalanan iaitu pulang ke Pulau Pinang melalui Simpang Pulai. Sementara itu, JRT telah singgah sebentar di Kea Farm untuk membeli belah barangan buah tangan untuk dibawa pulang seperti buah strawberi, jagung madu, madu lebah, coklat dan sebagainya.

Perjalanan pulang ke Pulau Pinang mengambil masa hampir 4 jam dengan berhenti rehat seketika di Kawasan Rawat & Rehat (R&R) Sungai Perak sebelum meneruskan perjalanan pulang. Kesemua staf selamat tiba di Pulau Pinang sekitar jam 7 petang.
Picture
Bergambar di Mama Mountain Cottage, Brinchang
Picture
2 Comments
Adzril Zulbahami
27/7/2019 04:22:18 pm

Next planning Thailand..☺️😘🇹🇭

Reply
Nizam Shahidin
27/7/2019 05:54:55 pm

Canteeek... Plan awal2... 👍🏼😁

Reply



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)