KUALA LUMPUR, 8 Februari - PAK ALI telah menerima The Brandlaureate SMEs Bestbrand Consumer Preserved Fruits Award 2017-2018 dalam majlis penyampaian anugerah anjuran The Brandlaureate di Hotel Majestic, Kuala Lumpur semalam. Anugerah ini telah disampaikan oleh Tan Sri Rainer Althoff, Chairman of the Asia Pacific Brands Foundation kepada Tuan Haji Alias bin Haji Ali, Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd. |
PAK ALI MENGUNGGULI ANUGERAH BRANDLAUREATE SMEs BESTBRANDS CONSUMER PRESERVED FRUITS 2017-20189/2/2018 Majlis penyampaian anugerah ini turut dihadiri oleh Ybhg. Dato' Al-Fadhil Ustaz Haji Ellias bin Haji Zakaria, Panel Syariah Pak Ali Food Industries Sdn Bhd, YB Datuk Sr. Haji Muhammad Farid bin Haji Saad selaku Pengerusi Fokus Group Usahawan Majlis Pembangunan Bumiputera P. Pinang (MPBPP), Puan Habibah binti Sulaiman selaku Pengarah FAMA Negeri Pulau Pinang, Encik Asuat bin Ahmad selaku Pengarah Bahagian Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri Pulau Pinang serta lain-lain.
1 Comment
Darmawati
19/11/2018 06:00:04 pm
Sya nk jadi ejen jeruk madu pak ali dari tawau sabah
Reply
Leave a Reply. |
SemasaArkib
October 2024
|