Tambahnya lagi, POS Malaysia hanya mencetak setem tersebut sebanyak 22,000 keping pada harga RM3 setiap satu manakala cap tarikh khas pula memaparkan gabungan kesemua buah asam yang diketengahkan dalam siri tersebut.
Antara produk filateli lain bagi siri ini adalah Sampul Surat Hari Pertama (FDC) yang dicetak sebanyak 27,000 dengan harga RM0.50 setiap satu di samping 1,600 keping folder yang boleh didapati pada harga RM6 setiap satu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd, Alias Ali yang turut hadir berkata, pemilihan produk asam sebagai paparan setem merupakan satu penghargaan kepadanya yang mengusahakan jeruk asam yang dikenali sebagai Jeruk Madu Pak Ali.
“Ini kerjasama pertama antara kami dan Pos Malaysia dan sudah tentu pihak kami sangat teruja. Pemilihan asam sebagai paparan dilihat sebagai cara terbaik dalam mengenalkan masyarakat kepada buah asam yang sekarang ini semakin pupus,” katanya.