Lawatan seramai 120 orang itu merupakan kerjasama Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Alumni Suluh Budiman sempena Program Reunion Perdana AKSB 2019. T.Y.T. juga ahli-ahli persatuan yang lain telah diberi penerangan berkenaan latar belakang, penubuhan dan pengurusan bagi syarikat Jeruk Madu Pak Ali Enterprise & Pak Ali Food Industries Sdn Bhd yang disampaikan oleh Tuan Haji Alias bin Haji Ali, Pengarah Urusan. Majlis telah disempurnakan oleh T.Y.T. Yang di-Petua Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan ahli alumni bagi kedua-dua persatuan tersebut. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil Persatuan AKSB dan selanjutnya sesi penyampaian saguhati daripada pihak syarikat PAFI kepada TYT dan Persatuan AKSB sebagai tanda penghargaan kesudian mengunjungi Kompleks JMPA. Pihak syarikat telah menyediakan hidangan jamuan makan tengahari di Dewan PAFI kepada semua para tetamu yang hadir. Seketika itu, TYT telah menandatangai plak yang disediakan tanda ingatan kehadiran TYT bersama Ahli AKSB yang lain ke Kompleks JMPA ini.
1 Comment
|
SemasaArkib
October 2024
|