Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

Lawatan Daripada Persatuan Peniaga-peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang (PPPMPP)

15/6/2016

0 Comments

 
Picture
Kilang Jeruk Madu Pak Ali telah menerima kunjungan daripada Ahli Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang (PPPMPP). Dalam kunjungan tersebut mereka telah diberi taklimat berkenaan produk-produk syarikat, latar belakang syarikat, cara-cara pembuatan jeruk dan sebagainya.
Pihak PPPMPP turut menjemput pihak Agensi Kerajaan iaitu Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk memberi pendedahan berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MARDI. Penubuhan MARDI ini berfungsi bagi tujuan pembangunan  teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi.

Perkhidmatan MARDI sangat memberi manfaat kepada pelbagai pihak samada daripada pihak agensi kerajaan, coperat, usahawan atau peniaga kecil untuk meningkatkan kualiti produk masing-masing. Syarikat Jeruk Madu Pak Ali turut menggunakan perkhidmatan MARDI ini untuk tujuan yang sama.


Seusai taklimat daripada pihak MARDI, disambung pula dengan acara kemuncak iaitu taklimat daripada Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn Bhd, En Alias bin Haji Ali untuk berkongsi langkah-langkah kejayaan beliau dalam bidang perniagaan. En Alias dahulunya turut bermula perniagaannya di pasar malam sepertimana tetamu daripada persatuan tersebut dan kini telah berjaya menubuhkan kilangnya sendiri untuk mengeluarkan produk-produk jeruk beliau.

Pihak syarikat berharap agar dengan perkongsian tersebut dapat memberi kata semangat dan mampu mencetuskan idea untuk terus mengembangkan pernigaan masing-masing.



Picture
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)