Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

Ceramah Perdana 'KESEMPURNAAN SOLAT' Bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Shahul Hamid (PU SHAHUL)

18/2/2016

1 Comment

 
Picture

18 Feb. 2016 - Syarikat Jeruk Madu Pak Ali telah menganjurkan ceramah perdana bertajuk 'Kesempurnaan Solat' yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Shahul Hamid atau lebih dikenali sebagai PU Shahul di perkarangan Kilang JMPA baru-baru ini.

Solat merupakan Rukun Islam yang ke-2 dimana telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim :

Abu Abdirrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khathab radhiallahu 'anhuma berkata : saya mendengar Rasulullah bersabda: "Islam didirikan diatas lima perkara yaitu bersaksi bahawa tiada sembahan yang berhak disembah secara benar kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan".


"Menyempurnakan solat adalah wajib bagi yang mengerjakannya kerana kesempurnaan solat mampu mempengaruhi kehidupan seharian kita." kata Ustaz Shahul.
Kata Ustaz Shahul lagi, kesempurnaan solat mampu menghadirkan rasa khusyuk di dalam solat dimana khusyuk itu adalah salah satu nikmat terbesar dalam solat. Antara cara-cara untuk mendapat kesempurnaan solat adalah menjaga hubungan baik dengan setiap makhluk di sekeliling kita seperti menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan samada muslim mahupun bukan muslim, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Selain menjaga hubungan sesama makhluk, menjaga pemakanan juga adalah sangat penting untuk mendapat kesempurnaan solat dimana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Jika makanan yang kita makan itu berpunca daripada sumber yang halal, maka insya-Allah solat kita kearah kesempurnaan. Akan tetapi jikalau sumber makanan kita daripada cara yang haram, maka akan terkesan kepada solat kita kelak.
Picture
Ustaz Shahul telah menunjukkan bungkusan produk keluaran beliau sendiri yang berasaskan coklat iaitu MyCoco
Beliau juga telah mengeluarkan produk beliau sendiri dimana produk beliau 100% keluaran bumiputera muslim dan halal. 
Picture
1 Comment
Westminster Paving Contractors link
21/9/2022 03:18:02 pm

Hello mate great blog post

Reply



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)