Syarikat PAFI sangat menekankan tentang kehalalan produk yang telah digariskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menjadikan produk jeruk buah-buahan ini diyakini pengguna dikalangan Muslim yang menetap di Pulau Pinang mahupun luar negeri. Telah menjadi tanggungjawab fardhu kifayah kepada usahawan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang halal terutama usahawan muslim yang mengusaha produk-produk makanan.
Produk Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat kelulusan pensijilan halal daripada JAKIM bermula pada tahun 2008 dan menjadikan produk Jeruk Madu Pak Ali adalah produk jeruk buah-buahan yang pertama di Malaysia diikhtiraf kehalalan produk oleh JAKIM.
Turut menerima anugerah adalah daripada Bertam Best Sdn Bhd untuk kategori Anugerah Usahawan Harapan, Syarikat Hang Tuan Sdn Bhd untuk kategori Anugerah Usahawan Berjaya dan Syarikat Teratak Coklat untuk kategori Anugerah Usahawan Wanita.