Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • Jeruk Buah-buahan
    • Kuah Rojak
    • Dodol
    • Serbuk Asam Ko
    • Jus Buah-Buahan
    • Asam Madu
    • Acar
    • Kordial
    • Minuman Segera
    • Air mineral
    • Fruit Candy
    • Mee Sanggul
    • Belacan Bakar
    • Kismis
    • Peneram
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • Semasa
    • Berita
    • Galeri Lawatan
  • Hubungi Kami
  • Covid-19

IBADAH UMRAH - PAFI 2020

17/2/2020

0 Comments

 
Picture
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana mengizinkan jemaah dikalangan staf PAFI menziarahi Makam Baginda Rasulullah SAW dan mengerjakan Ibadah Umrah pada 4hb hingga 15hb Februari 2020 yang lalu.
Seramai 10 orang staf PAFI telah dipilih oleh pihak syarikat untuk menyertai ibadah umrah tahun ini. Staf yang dipilih itu adalah daripada pelbagai bahagian dalam operasi kilang PAFI, antaranya daripada Jabatan Akaun, Bahagian Pemotongan buah, Pusat Jualan, Bahagian Makmal, Bahagian Pemeraman 1 dan Pengurusan Atasan.
​
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
Picture
Ahli Jemaah Umrah PAFI bersama-sama ahli keluarga yang mengiringi jemaah di Penang International Airport, Pulau Pinang
Jemaah telah tiba di Madinah Al-Munawwarah terlebih dahulu untuk menziarahi Makam Baginda Rasulullah SAW dan beribadah di Madinah sebelum ke Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Pakej umrah yang ditawarkan oleh pihak syarikat kepada staf merupakan salah satu insentif tahunan yang disediakan kepada semua staf PAFI. Pihak syarikat akan memilih staf yang berkelayakan untuk menyertai ibadah ini dan akan melaksanakan pakej umrah ini secara berperingkat. Staf yang terpilih mengerjakan ibadah umrah ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak syarikat.
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2022)