Program yang disertai seramai 165 peserta itu terdiri daripada staf JMPA, ahli-ahli keluarga dan ahli jawatankuasa program. Program 2 hari 1 malam itu telah berjalan dengan lancar dan jayanya meliputi beberapa aktiviti besar sepanjang program iaitu Aktiviti Sukaneka pada sebelah pagi dan Majlis Makan Malam JMPA 2020 pada malamnya.
Sukaneka JMPA 2020
Terdapat beberapa aturcara sukaneka dijalankan antaranya Bola Ping Pong Dalam Sudu, Lumba Lari Kepit Belon, Bowling Padang Buang Nyok, Tarik Tali dan lain-lain. Setiap peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan warna Merah, Biru, Kuning dan Hijau.
Majlis Makan Malam JMPA 2020
Pada sebelah malamnya aktiviti Hari Keluarga JMPA 2020 diteruskan dengan Majlis Makan Malam JMPA 2020 yang melibatkan semua peserta pada program tersebut.
Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam itu telah menjalankan pelbagai acara atau aktiviti antaranya seperti persembahan nyanyian, menjamu selera, cabutan bertuah, permainan pentas dan pelbagai lagi. Buat pertama kalinya , pihak syarikat JMPA menjemput Pengacara jemputan khas untuk mengacarakan sepanjang majlis malam tersebut yang dijemput khas daripada Pulau Pinang.