Sambal Hitam Kedondong Pak Ali
Buah kedondong atau turut digelar sebagai Ambarella fruit oleh masyarakat Barat, adalah tanaman yang tergolong sama kumpulan pokok mangga (Anacardiaceae). Ia tumbuh secara meluas di negara beriklim tropika di benua Asia dan Afrika.
Buah kedondong sememangnya enak dimakan dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan kita. Kebiasaanya, jika berkata mengenai sambal hitam ianya sering kali dikaitkan dengan sambal hitam belimbing buluh. Namun begitu, Syarikat Pak Ali telah mengeluarkan produk sambal hitam yang lain daripada lain iaitu sambal hitam kedondong yang sangat sedap dan enak. Sambal hitam kedondong ini dapat menjadi pembuka selera bagi seluruh lapisan masyarakat ketika menikmati juadah mereka. |