13 September 2016 - Labbaikallahummalabaik, Labbaikala syarikalakalabaik, innalhamda, wanni'mata, lakawalmulk, la syarikalak. Maksudnya : Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu dan kami memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu. |
Kerjasama daripada kariah-kariah masjid dan surau setempat iaitu Masjid Padang Lalang, Masjid Tasek Chempedak, Masjid Kepala Gajah, Masjid Junjong, Masjid Balik Pulau, Surau Seberang Tasek, Surau Puteri Gunung dan Surau Sik juga tidak lupa kerjasama daripada pekerja-pekerja JMPA yang telah berganding bahu untuk menjayakan program yang barakah ini.
Majlis dimulakan dengan taklimat berkenaan ibadah qurban yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Izhar Habib atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nana. Justeru itu, pihak syarikat juga menyediakan sarapan kepada semua yang hadir pada hari tersebut sebelum proses penyembelihan dilakukan.