MAKANAN TRADISIONAL
Makanan Tradisional Pak AliSyarikat Pak Ali adalah peneraju dalam pengeluaran makanan tradisional Malaysia yang mengutamakan kepelbagaian dan keaslian. Syarikat kami juga menghasilkan pelbagai produk makanan yang meliputi hidangan tradisional seperti kuah rojak, Acar, Gula-gula tradisional dan sebagainya yang lain.
Menggabungkan teknik pembuatan tradisional dengan inovasi moden untuk memastikan produk yang dihasilkan mematuhi piawaian rasa asli malah memenuhi keperluan pengguna pada masa kini berpandukan standard atau pensijilan kerajaan Malaysia. |
PRODUK
Kuah Rojak adalah pilihan rakyat Malaysia yang enak dimakan bersama buah-buahan. Kuah Rojak Pak Ali menawarkan tiga perisa: Original, Pedas, dan Manis. Ia sangat sesuai dinikmati dengan Jeruk Madu Pak Ali dan buah-buahan mentah lain. Kuah Rojak Pak Ali semestinya Halal dan bersih.
Acar Buah"Acar Buah ini menyajikan campuran rasa manis, masam, dan pedas yang menyegarkan, menjadikannya pelengkap sempurna untuk pelbagai hidangan."
|
Acar Ikan Talang"Acar Ikan Talang dari Pak Ali menawarkan kombinasi rasa segar dan pedas yang memikat, hasil daripada resipi tradisional dan bahan berkualiti tinggi."
|
Sambal Hitam Nanas"Dihasilkan melalui resipi tradisional dan bahan berkualiti, menjadikannya pelengkap ideal untuk nasi, mee, atau pelbagai masakan."
|
Gula-gula Perisa Mangga, Pala & Mix
Rasa yang memikat dan menyegarkan dari gula-gula tradisional kami kini tersedia dalam pelbagai perisa pilihan:
🍍 Buah Pala - Keunikan rasa yang unik.
🥭 Mangga - Manis yang segar dan memikat.
🍬 Mix - Gabungan kedua-dua perisa pala & mangga.
Tersedia dalam saiz botol dan pek – pilihan praktikal untuk dinikmati di mana sahaja dan bila-bila masa.
Rasai kelazatan tradisi dengan setiap gigitan!
🍍 Buah Pala - Keunikan rasa yang unik.
🥭 Mangga - Manis yang segar dan memikat.
🍬 Mix - Gabungan kedua-dua perisa pala & mangga.
Tersedia dalam saiz botol dan pek – pilihan praktikal untuk dinikmati di mana sahaja dan bila-bila masa.
Rasai kelazatan tradisi dengan setiap gigitan!
Sambal Hitam KedondongSyarikat Pak Ali telah mengeluarkan produk sambal hitam yang lain daripada lain iaitu sambal hitam kedondong yang sangat unik dan sedap.
|
Asam Madu Pak AliAsam Madu Pak Ali, atau Asam Katok, dihasilkan dengan resepi khas tersendiri menggunakan Kurma, Kismis, Cuka Epal, & Madu, Limau, Pala, dan Mangga.
|
Belacan Bakar Pak AliBelacan Bakar Pak Ali atau 'Shrimp Paste,' dibuat daripada udang dan garam. sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.
|
Kacang TumbukKacang Tumbuk dibungkus dalam kelonsong manis. Ia sangat rapuh dan sedap dimakan begitu sahaja. Produk ini juga mengingatkan kepada kenangan masa lalu kerana popularitinya sebagai makanan tradisional.
|
Garam BelacanGaram belacan adalah antara kuah cicah yang menjadi kegemaran ramai. Ianya tidak asing lagi dengan citarasa rakyat Malaysia oleh sebab itulah ianya menjadi kegemaran ramai.
|
Kismis Pak AliKismis Pak Ali dihasilkan daripada buah anggur yang dikeringkan menggunakan kaedah haba matahari atau haba kering. Walaupun agak manis, kismis ini mempunyai manfaat kesihatan yang baik.
|
Mi sanggul Pak Ali atau mi siput cukup terkenal di semenanjung utara. Ia adalah mi yang dikeringkan. Terbahagi kepada dua jenis bentuk iaitu bulat leper di gulung seakan-akan sanggul dan berbentuk petak. Hanya perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya. Ia sangat dinikmati dengan pelbagai masakan seperti digoreng, atau bersama sup atau lain-lain lagi yang mampu menambah kelazatan malah dapat menjadi pilihan kegemaran pelanggan.
Dodol Pak Ali yang bermutu tinggi diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan segar menjadikan Dodol Pak Ali sesuai untuk dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Dikacau dan dibungkuskan dengan bersih dan selamat menjadikan Dodol Pak Ali boleh dinikmati tanpa ragu-ragu dan was-was.
Serbuk Asam Ko (Asli)Serbuk Asam Ko Pak Ali (Asli) tidak asing lagi dengan citarasa rakyat Malaysia dimana ianya menjadi penambah selera apabila dimakan bersama buah-buahan. Dihasilkan dengan resepi tersendiri dengan menggunakan ramuan yang terpilih seperti garam, gula, dan serbuk asam.
|
Serbuk Asam Ko (Limau)Serbuk Asam Ko Pak Ali (Limau) antara makanan penambah selera kegemaran pelanggan. Dihasilkan dengan resepi tersendiri dan ramuan yang terpilih seperti garam, gula, serbuk asam dan ditambah limau untuk rasa lebih masam. Yang pastinya amat digemari oleh pelanggan.
|
Jus Asam JawaJus Asam Jawa Pak Ali menjadi pilihan ramai untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa dan menghasilkan rasa asli asam jawa.
|
Jus KedondongJus Kedondong dihasilkan daripada buah kedondong berkualiti dan segar dari ladang,boleh menambah ais untuk meningkatkan kelazatan
|
Jus Buah PalaJus Buah Pala Pak Ali dihasilkan dengan resepi tradisional, ia memberikan rasa asli buah Pala.
|
Kordinal Ros LaiciKordial Ros Laici kombinasi di antara sirap Ros dan Laici yang mudah disediakan serta boleh digunakan sebagai penambah rasa dalam makanan pencuci mulut dan hidangan lain.
|
Kordinal SarsiKordial Pak Ali berperisa Sarsi, yang popular di Malaysia, mudah disediakan dengan mencampurkannya dengan air biasa atau sejuk dan boleh ditambah ais untuk kelazatan.
|
Air Mineral Pak AliAir Mineral Pak Ali, yang dihasilkan dari sumber air bawah tanah seperti mata air dan telaga, mengandungi kandungan mineral tinggi dan tersedia dalam dua saiz botol kecik & besar.
|
Habbatus Sauda Coffee Pak AliHabbatus Sauda Coffee Pak Ali adalah minuman berkhasiat untuk seisi keluarga yang menggunakan bahan terpilih seperti Habbatus Sauda, kismis, Gadoderma, Madu Lebah, Susu, Badam, Tongkat Ali, Krimer, dan Gula, yang dapat meningkatkan tenaga serta kecergasan mental dan fizikal.
|
Habbatus Sauda Coffee - O Pak AliHabbatus Sauda Coffee - O Pak Ali adalah minuman pilihan seisi keluarga di Malaysia yang menarik perhatian pelanggan dengan kelazatan ramuan asli yang berfungsi sebagai penawar untuk pelbagai masalah kesihatan, dihasilkan daripada bahan terpilih seperti Habbatus Sauda, Madu Lebah, dan Gula.
|
White Coffee Pak AliWhite Coffee Pak Ali adalah minuman berkafein yang mudah disediakan dalam dua jenis bungkusan, iaitu Sachet dan Cawan, dengan mencampurkannya dengan air suhu didih (80°C), dihasilkan daripada bahan terpilih seperti Kopi Campuran, Krimer, dan Gula, serta sesuai untuk semua golongan umur.
|
Teh Tarik Pak AliTeh Tarik Pak Ali, yang dikenali di Malaysia, mudah disediakan dengan mencampurkannya dengan air suhu didih (80°C) dan boleh ditambah ais untuk kelazatan, dihasilkan daripada bahan terpilih seperti Gula, Krimer, dan Ekstrak Teh, serta menjadi pilihan kegemaran pelanggan.
|