Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

Seminar “Halal Integriti Pematuhan Tanpa Henti” Tahun 2025

2/12/2025

0 Comments

 
Picture
Picture
Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. telah menyertai SEMINAR “HALAL INTEGRITI PEMATUHAN TANPA HENTI” TAHUN 2025, sebuah program berimpak tinggi yang memberi focus kepada pengukuhan integrity serta pematuhan halal secara berterusan dalam kalangan pemegang sijil halal. Seminar ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan telah berlangsung pada 2 & 3 Disember 2025 di Hotel Ixora, Pulau Pinang.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, sekali gus menzahirkan sokongan dan komitmen Kerajaan negeri terhadap pengukuhan sistem pengurusan halal serta tadbir urus pematuhan yang berintegriti dalam industri makanan.

Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran pemegang sijil halal mengenai tanggungjawab mengekalkan pematuhan halal secara konsisten, di samping memperkukuhkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Halal (HAS) dan Internal Halal Control System (IHCS) agar lebih terseusun dan berkesan di peringkat organisasi.
Antara pengisian utama seminar adalah sesi “Sijil Halal Anda Tanggungjawab Anda” serta “Pengurusan Kawalan Halal Dalaman yang Berkesan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahril bin Abd Samat, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Advokasi, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sesi ini menekankan peranan kritikal pemegang sijil halal dalam memastikan kawalan dokumen, dokumentasi dan pemantauan dilaksanakan secara berterusan selaras dengan keperluan pihak berkuasa.
Seminar ini turut menampilkan sesi “Ketidakakuran Lazim dan Panduan Penambahbaikan” yang disampaikan oleh Puan Hajar Aminah binti Bahanurdin, Pegawai Farmasi, Bahagian Pengurusan halal, JAKIM. Perkongsian ini memberi pendedahan terhadap ketidakakuran yang sering ditemui semasa audit serta Cadangan penambahbaikan praktikal bagi mengukuhkan pematuhan halal dan mengurangkan risiko pelanggaran keperluan.
Sepanjang seminar, turut ditekankan alaman terbaik dalam pengurusan halal dalaman, termasuk pendekatan pencegahan berbanding pembetulan, kepentingan dokumentasi yang lengkap dan boleh dikesan, komunikasi berkesan, latihan serta Pembangunan kompetensi kakitangan, audit dalaman berkala dan komitmen pengurusan tertinggi sebagai tonggok utama kejayaan sistem pengurusan halal.
Penyertaan dalam seminar ini memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada pihak syarikat mengenai jangkaan pihak berkuasa serta amalan terbaik industri. Ilmu dan input yang diperoleh akan dijadikan rujukan dalam usaha penambahbaikan berterusan sistem pengurusan halal syarikat bagi memastikan integriti pensijilan halal sentiasa terpelihara.
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    December 2025
    May 2025
    April 2025
    January 2025
    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)