Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

​LAWATAN YBHG. DATO' HAJI MOHD ASRI BIN BAHARUM,PENGURUS BESAR PERDA KE KILANG JERUK MADU PAK ALI

31/1/2025

0 Comments

 
Picture
​Seberang Perai, 31 Januari 2025 – Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum hari ini telah mengadakan lawatan ke Kilang Jeruk Pak Ali yang terletak di IKS Tasek PERDA, Seberang Perai Selatan. ​
Picture
Picture
Picture
​Lawatan ini bertujuan untuk melihat lebih dekat perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS) serta meneroka peluang kerjasama strategik antara PERDA dan syarikat tempatan.
Lawatan ini memberi fokus kepada beberapa aspek penting, antaranya memperkukuhkan hubungan antara penyewa dan pemilik premis, selain membincangkan bentuk sokongan yang boleh diberikan oleh PERDA dalam membantu pembangunan syarikat.
Selain itu, pertemuan ini turut meninjau potensi kolaborasi antara syarikat dan agensi kerajaan bagi memperkasakan sektor IKS, selaras dengan inisiatif pembangunan ekonomi yang mampan.
YBhg. Dato' Haji Mohd Asri turut menekankan kepentingan hubungan erat antara pihak industri dan kerajaan dalam memastikan pertumbuhan perniagaan yang lebih kukuh dan berdaya saing.
Lawatan ini diharapkan dapat membuka ruang lebih luas bagi sinergi yang berterusan antara PERDA dan usahawan tempatan dalam merancakkan lagi ekosistem perniagaan di Pulau Pinang.
Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Urusan Jeruk Madu Pak Ali, YBhg. Dato' Alias bin Ali, serta turut dihadiri oleh Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA, En. Mohd Hazahari bin Md Haris; Penolong Pengurus Kanan Bahagian Hartanah dan Teknikal PERDA, En. Mohd Feerus bin Ishak; Perancang Bandar PERDA, Puan Zainab binti Puteh; Penolong Pengurus (Kutipan Hasil), Puan Suriyanti binti Serat; dan Penolong Pengurus (Dasar), Puan Anizana binti Ahmad.
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    December 2025
    May 2025
    April 2025
    January 2025
    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)