Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

LAWATAN DARI POLITEKNIK NEGERI MEDAN INDONESIA

21/8/2024

0 Comments

 
Picture
Kunjungan lawatan Politeknik Negeri Medan Jurusan Perniagaan, Indonesia.
​​​​Pulau Pinang, 2024 - Pihak syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd amat berbesar hati kerana menerima kehadiran pelajar-pelajar serta pensyarah dari Politeknik Negeri Medan Indonesia dalam bidang perniagaan. 
​Seramai 15 pelajar serta 3 orang pensyarah terlibat dalam mengadakan lawatan ke kilang Jeruk Madu Pak Ali. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai proses pembuatan jeruk madu di Malaysia dan secara tidak langsung memahami budaya serta industri makanan tempatan.
 
Setibanya di kilang Jeruk Madu Pak Ali, pelajar-pelajar disambut dengan mesra oleh pihak pengurusan dan diberikan taklimat mengenai sejarah syarikat serta teknik pembuatan jeruk. Mereka juga diberi peluang menyaksikan sendiri proses penghasilan jeruk madu dari awal sehingga akhir proses.
Picture
Picture
Dalam lawatan ini, pelajar-pelajar juga berpeluang mencuba jeruk madu yang dihasilkan dan mendapatkan penjelasan tentang pelbagai jenis jeruk serta produk selain jeruk yang dihasilkan di kilang ini.
 
Lawatan ini berakhir dengan sesi soal jawab serta pertukaran pandangan mengenai potensi kerjasama di antara kedua-dua institusi dalam bidang yang berkaitan.
 
Akhir sekali, pelajar-pelajar pulang dengan pengalaman yang berharga dan pemahaman yang lebih mendalam tentang budaya dan industri Malaysia, khususnya dalam konteks penghasilan jeruk madu.
 
Pihak Kami juga berharap agar lawatan ini dapat memberikan manfaat yang positif kepada semua pihak yang terlibat khususnya pelajar-pelajar yang datang melakukan kunjungan lawatan di kilang kami ini. 
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)