Kandungan latihan merangkumi pengenalan kepada keselamatan makanan dan halal, penerangan polisi serta prosedur dalaman syarikat, peranan dan tanggungjawab pekerja serta penekanan terhadap aspek pematuhan halal dalam operasi harian. Penyampaian latihan telah dilaksanakan melalui taklimat lisan, tayangan slaid dan video, serta sesi penilaian berbentuk kuiz dan soal jawab bagi menilai tahap pemahaman peserta.
Latihan ini telah disertai oleh seramai 18 orang kakitangan dan dikendalikan oleh Muhammad Faiz bin Abdul Nizam, Quality Assurance Executive dengan bantuan Nurul Izzatul Mashitah binti Zulkifli, pelajar latihan industry. Sepanjang pelaksanaan program, peserta menunjukkan tahap penglibatan yang baik dan memberikan maklum balas yang positif.
Sebagai sebahagian daripada proses penilaian keberkesanan latihan, sesi kuiz telah dijalankan dan mencatatkan purata ketepatan jawapan sebanyak 92%, mencerminkan tahap kefahaman peserta yang memuaskan terhadap topik yang dibentangkan.
Secara keseluruhan, latihan ini telah dilaksanakan dengan lancer dan Berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak syarikat akan meneruskan tindakan susulan melalui pemerhatian kerja selepas latihan bagi memastikan pengetahuan dan amalan yang diperoleh diaplikasikan secara konsisten dalam operasi harian, seterusnya menyokong pematuhan berterussan terhadap keperluan keselamatan makanan dan halal.
RSS Feed