Pengisian latihan dikendalikan oleh dua orang penceramah iaitu En. Muhammad Faiz Abdul Nizam, Quality Assurance Executive serta dibantu oleh pelajar latihan industri, Nurul Izzatul Mashitah binti Zulkifli. Penyampaian berbentuk taklimat, tayangan slaid serta sesi soal jawab membantu peserta memahami setiap aspek dengan lebih jelas dan praktikal. Suasana latihan turut menjadi lebih interaktif melalui kuiz penilaian yang dijalankan pada penghujung sesi.
Hasil keseluruhan menunjukkan tahap kefahaman peserta berada pada tahap yang sangat memuaskan. Berdasarkan laporan kuiz, purata ketepatan jawapan adalah 87% dengan sebahagian besar peserta memperoleh markah penuh. Keputusan ini menggambarkan komitmen dan kesediaan pekerja dalam megaplikasikan pengetahuan yang diperoleh serta memastikan pematuhan berterusan terhadap keperluan keselamatan makanan dan Halal di tempat kerja.
Secara keseluruhannya, latihan ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan menerima maklum balas positif daripada semua peserta. Bagi memastikan keberkesanannya, pemerhatian kerja akan diteruskan sebagai tindakan susulan agar setiap amalan baik yang dipelajari dapat dilaksanakan secara konsisten dalam operasi harian syarikat.
RSS Feed