Sepanjang latihan berlangsung, para peserta diberikan pendedahan berkaitan amalan pengendalian makanan yang selamat, kebersihan diri pengendali makanan, kebersihan persekitaran kerja serta langkah pencegahan pencemaran makanan. Penekanan turut diberikan kepada tanggungjawab pengendali makanan dalam memastikan makanan yang dikendalikan adalah selamat dan mematuhi keperluan perundangan yang ditetapkan oleh KKM.
Pelaksanaan latihan ini mencerminkan komitmen berterusan Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan makanan serta menyokong pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan makanan yang berkesan dan konsisten dalam operasi harian syarikat.
RSS Feed