Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • MAKANAN >
      • Jeruk Buah-buahan
      • Tradisional
      • Ready To Eat/ Cook
    • SUDUT HERBA >
      • Minyak Rambut
      • Bam
      • Sabun
    • MERCHANDISE
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • SEMASA
  • Hubungi Kami
  • Kerjaya

Kursus Internal Audit MS1480:2019 HACCP

16/4/2025

0 Comments

 
Picture
Picture
​Syarikat Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kursus Internal Audit MS 1480:2019 (HACCP) pada 16 April 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif pengukuhan sistem pengurusan keselamatan makanan di peringkat organisasi. Kursus ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan audit dalaman dijalankan secara sistematik, berkesan dan selaras dengan keperluan standard yang ditetapkan.
Kursus ini dikendalikan oleh SQC Consulting Group sebuah syarikat perunding professional dalam bidang sistem pengurusan keselamatan makanan. Latihan telah disampaikan oleh Puan Zarith Erin Naquiah yang berpengalaman dalam pengauditan dan pelaksanaan sistem HACCP. Kandungan latihan adalah berdasarkan keperluan MS1480:2019 (HACCP) serta berpandukan garis panduan audit ISO19011:2018.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta didedahkan kepada konsep dan prinsip audit dalaman, peranan serta tanggungjawab juruaudit dalaman, kaedah perancangan audit, Teknik pelaksanaan audit serta penyediaan laporan audit yang berkesan. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan audit dalaman sebagai alat penilaian kendiri bagi mengenal pasti jurang pematuhan dan peluang penambahbaikan dalam sistem keselamatan makanan.
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen syarikat Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. dalam memastikan kompetensi pasukan dalaman sentiasa dipertingkatkan, sekaligus menyokong pematuhan berterusan terhadap keperluan keselamatan makanan dan persediaan menghadapi audit pihak berkuasa atau badan pensijilan.
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    December 2025
    May 2025
    April 2025
    January 2025
    October 2024
    August 2024
    May 2024
    April 2024
    March 2024
    September 2023
    August 2023
    June 2023
    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2024)