Objektif utama sesi konsultasi ini adalah untuk memastikan setiap aspek operasi syarikat bermula daripada pengendalian bahan mentah sehingga ke produk siap mematuhi garis panduan ketat yang ditetapkan oleh badan pensijilan. Antara pengisian utama sesi tersebut termasuklah:
- Audit Dokumentasi: Menyemak kelengkapan fail dan rekod bagi memastikan sistem dokumentasi yang sistematik.
- Penilaian Jurang (Gap Analysis): Mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam proses sedia ada
- Khidmat Nasihat Pakar: Sesi soal jawab bersama perunding SQC bagi mendalami keperluan teknikal HACCP
Pensijilan ini bukan sekadar satu keperluan industri, malah ia merupakan janji kami untuk terus memberikan yang terbaik dalam aspek kebersihan dan keselamatan makanan di peringkat global.
RSS Feed