|
Syarikat Pak Ali telah melaksanakan Latihan Kesedaran Keselamatan dan Halal Sesi 2/25 pada 16 Mei 2025 bertempat di Bilik Latihan Syarikat Pak Ali. Program latihan dalaman ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan makanan; MeSTI, GMP dan Pensijilan Halal.
0 Comments
Syarikat Pak Ali terus komited dalam memastikan standard keselamatan makanan dan pematuhan Halal sentiasa berada pada tahap tertinggi. Selaras dengan usaha meningkatkan kefahaman serta disiplin kerja dalam kalangan pekerja, satu sesi Latihan Kesedaran Keselamatan Makanan dan Halal telah diadakan pada 9 Mei 2025 bertempat di Bilik Latihan Syarikat Pak Ali. Sesi yang berlangsung selama dua jam bermula jam 2.30 petang melibatkan seramai 22 orang pekerja daripada seksyen pemotongan buah.
|
SemasaArkib
December 2025
|
RSS Feed