Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • PRODUK
    • Jeruk Buah-buahan
    • Kuah Rojak
    • Dodol
    • Serbuk Asam Ko
    • Jus Buah-Buahan
    • Asam Madu
    • Acar
    • Kordial
    • Minuman Segera
    • Air mineral
    • Fruit Candy
    • Mee Sanggul
    • Belacan Bakar
    • Kismis
    • Peneram
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
    • Sabah
  • Semasa
    • Berita
    • Galeri Lawatan
  • Hubungi Kami

Majlis Qurban JMPA 1440H / 2019M

13/8/2019

0 Comments

 
Picture
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, Pak Ali Food Industries Sdn Bhd (PAFI) telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban 1440 H / 2019 M pada 11 Zulhijjah 1440 Hijrah bersamaan 12 Ogos 2019 Masihi.
Seramai hampir 120 orang terdiri daripada warga kerja PAFI, penduduk-penduduk kampung sekeliling kilang, wakil-wakil masjid dan surau disekeliling kilang telah hadir bagi menjayakan Majlis Qurban PAFI 2019 yang bermula seawal jam 7.30 pagi.

Antara masjid dan surau yang telah hadir adalah Masjid Padang Lalang, Masjid Kepala Gajah, Masjid Tasek Chempedak, Masjid Junjong, Masjid Insaniah Simpang Ampat, Masjid Al-Ehsan Balik Pulau, Surau Seberang Tasek, Surau Puteri Gunung, Surau (Sementara) Medan Suri dan Surau Sik.

Program ini adalah salah satu program bersama komuniti dan juga menjadi program tahunan syarikat. Pada tahun ini, sebanyak 14 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dikorbankan. Pihak syarikat telah melantik penyembelih yang berpengalaman untuk mengendali penyembelihan binatang korban iaitu Al-Fadhil Ustaz Izhar Habib atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nana. Daging sembelihan tersebut telah diagihkan kepada peserta yang hadir dan kepada penduduk kampung.

Program Qurban PAFI pada tahun ini mempunyai keunikan yang tersendiri dimana terdapat seekor lembu seberat 1 tan (1,000kg) telah dikorbankan. Hasil daripada lembu tersebut telah diagihkan kepada warga kerja PAFI dengan agihan sebanyak 3kg seorang.

Manakala 12 ekor lembu yang lain diagihkan kepada masjid-masjid dan surau-surau yang hadir pada program tersebut dan seekor lagi lembu diagihkan sebanyak 7 bahagian mengikut penama ibadah qurban.

Program tersebut telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang diberikan oleh semua peserta yang hadir. Pengarah Urusan PAFI, Haji Alias bin Haji Ali merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada hari tersebut.

Program tersebut tamat pada jam 2 petang.
Picture
Ustaz Nana (kiri) sebagai tukang penyembelih bagi kesemua binatang qurban bagi program ini bersama Haji Alias Ali, Pengarah Urusan PAFI (Kanan)
Picture
Lembu korban seberat 1 tan
Picture
Antara barisan AJK Program Qurban PAFI 1440H / 2019M
Picture
Antara barisan AJK Program Qurban PAFI 1440H / 2019M
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    September 2022
    July 2022
    April 2022
    March 2022
    December 2021
    April 2021
    December 2020
    August 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    June 2019
    May 2019
    March 2019
    February 2019
    January 2019
    December 2018
    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2022)