Jeruk Madu Pak Ali
  • Utama
  • Profil
  • Produk
    • Jeruk Buah-buahan
    • Kuah Rojak
    • Kuih Tradisional >
      • Dodol
      • Peneram
  • Cawangan
    • Pulau Pinang
    • Kedah
    • Perlis
    • Kelantan
    • Terengganu
    • Perak
    • Pahang
    • Melaka
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Johor
  • Semasa
    • Berita
    • Galeri Lawatan
  • Hubungi Kami

Latihan Pengendalian Dan Keselamatan Jenangkut - Pak Ali Food Industries Sdn Bhd

9/6/2017

0 Comments

 
Picture
8 Jun 2017 - Seramai 20 orang pekerja Pak Ali Food Industries Sdn Bhd telah menghadiri Latihan Pengendalian & Keselamatan Jenagkut yang dikendalikan oleh Syarikat UMW Industries (1985) Sdn. Bhd. Bukit Minyak, Pulau Pinang semalam.
​Objektif Latihan tersebut selama satu hari ini adalah bertujuan untuk mencegah kecederaan dan mengurangkan kerosakan harta benda disebabkan kemalangan yang melibatkan operasi jenangkut.

Kursus ini memberi pendedahan dan memberi latihan kepada pemandu jenangkut untuk mengendali jenangkut secara betul, membuat pemeriksaan harian, membuat selenggaraan dan mengendali jenangkut dengan selamat.
Picture
Picture
Latihan ini adalah salah satu Kewajipan Am Majikan kepada pekerja sepertimana terdapat didalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Bahagian IV Seksyen 15(2)(b) dimana majikan perlu menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan terhadap gerak kerja pekerja.

Selain itu juga, terdapat juga Kewajipan Am Pekerja pada Bahagian VI Seksyen 24(1)(a) dimana para pekerja yang sedang bekerja untuk memberi perhatian bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
Picture
0 Comments



Leave a Reply.

    Semasa

    All
    Berita
    Program Syarikat

    RSS Feed

    Arkib

    October 2018
    February 2018
    December 2017
    September 2017
    June 2017
    April 2017
    March 2017
    February 2017
    January 2017
    November 2016
    September 2016
    July 2016
    June 2016
    February 2016
    December 2015
    September 2015
    August 2015
    July 2015

www.jerukmadupakali.com adalah hak milik sepenuhnya Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara (2018)