Kementerian Kesihatan telah melancarkan latihan program pengendali makanan pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institut swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan. Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara.
Focus Vision Resources adalah Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang dipilih syarikat untuk mengendalikan Kursus Latihan Pengandalian Makanan tersebut.
Focus Vision Resources adalah Sekolah Latihan Pengendalian Makanan yang dipilih syarikat untuk mengendalikan Kursus Latihan Pengandalian Makanan tersebut.
Objektif Kursus Asas Pengendalian Makanan
- Peserta akan memahami isu-isu & punca keracunan makanan
- Peserta akan didedahkan dengan pencemaran makanan oleh kuman (mikroorganisma) & bahan kimia
- Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan
- Cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara-cara pembuangan sampah/ sisa makanan yang teratur
- Mempunyai budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan seorang pengendali makanan yang unggul
- Mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat
- Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan
- Mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai
- Mempelajari cara menjaga kebersihan diri
- Mengetahui akta perundangan makanan yang berkaitan